CH£ WÄNì£

Mirror\\
Tuan Tanah Kembali
Saturday, August 12, 2017 9:25 AM | 0 comments

Assalamualaikum.

Rasa terpanggil untuk tulis semula blog ni sekian lama berhabuk fuh fuh untuk pengetahuan semua (ceh macam ramai yang sudi baca) blog ni mula menyepi sejak 2014 selepas dikotori dengan kisah kisah cinta yang tak kesampaian. Sampai sekarang tak pernah kesampaian *lap air mata* haha ayuh bangkit, mulakan hidup baru!

Ni ada sikit summary hidup wani sepanjang tahun tahun blog ni kesepian.

2014
Tahun ni wani busy sikit dengan SPM, tapi tak ada lah belajar je 24/7 kan. Sekurang-kurangnya kurangkan sikit main benda tak berfaedah ni hihi. Kalau nak cakap pasal result SPM, agak sedih lah. Tapi wani syukur je dengan apa yang wani dapat. Alhamdulillah 4A adalah yang terbaik buat wani. Allah tak bagi apa yang kita mahu, tapi Dia akan bagi apa yang terbaik buat kita. Betul tak?
Ok, wani nak tunjuk sikit gambar zaman sekolah. Jeng jeng jeng...

Ni classmates wani - 5 Sains 2

Ni sayangs, sumpah sayang sampai sekarang hm

Ni muka 17 tahun wani. Kenapa ye rasa nak nangis tengok muka sendiri.





Haa ni semua gambar seminggu before SPM, kitorang mana ada cuak, lek lek sudeh lah haha

2015
Selepas result SPM, tiba masa result UPU pulak. Tah kena campak kemana lah kan? Haha. So, sementara result UPU keluar, sempat juga 2 hari orientasi form 6 kat High School Kajang. Orang lain dapat masuk matrik tapi wani takde rezeki. Result addmath dah cantik, BI pula spoil. Tapi wani buat juga rayuan untuk matrik.  

Hari kedua orientasi, keluar lah result UPU. Wani dapat Diploma Teknologi Makmal kat UPSI. Tu pun dapat pilihan ke 6 dari 8 pilihan hahaha kesiannya. Tapi Alhamdulillah ada juga rezeki dapat sambung belajar. Kan? Apa lagi, hari ketiga tu tak pi dah High School hihihi.

28 Mei 2016, hari pendaftaran di UPSI. First impression, fuhh lawanyaaaa. BANGUNAN COLOURFUL MACAM LEGOLAND. Semangat nak belajar tu makin membuak buak gitchuuu haha selepas seminggu, result rayuan matrik keluar dan wani dapat! Kolej Matrikulasi Perak (KMPk). Tapi bila tanya pendapat kawan kawan UPSI, ramai yang syorkan untuk stay kat UPSI. Kata diorang, diploma ni boleh lek lek sikit. Entah lah, mudah sangat terinfluence dengan kata kata orang, jadi wani tolak matrik. Korang jangan ikut wani ye. Buat keputusan sendiri, jangan dengar kata orang je. Sampai sekarang menyesal kenapa tolak matrik *lap air mata lagi* Nasib baik diploma UPSI 2 tahun je. Ok wani nak belanja sikit gambar zaman diploma.

Dia ni Ira. Dia rumet masa semester 1.

Haa ni ahli group whatsapp yang kitorang create before masuk UPSI lagi. Kekonon bila dah masuk UPSI tu sekurang kurangnya dah ada kawan yang kita kenal lah. Takde laa sesorang terkontang kanting haha sebabtu first day kitorang dah riuh macam dah lama kenal. Ni gigih satu geng naik pentas nak bergambar reramai. Tebalkan muka je haha

Bestfriend masa orientasi. Susah senang, redah hujan semua sesama hiks

Ni family kat UPSI atau nama lain 'Enam binatang'. Ni gambar masa semester 1

Ni gambar enam binatang masa semester 5

Ni bestfriend lelaki yang wani ada kat UPSI

Housemates semester 4 & 5. Takcukup sorang pulak.

Ni gambar wani dengan adik adik SK Penderas, program bersama orang asli. 
Paling taklupa adik adik bagi peluang main alat muzik diorang & wani join persembahan diorang hik

Fitri & Amirah.

Su & Sarah. 
Diorang ni junior paling rapat & comel korang tau hahaha nak nangis sebab rindu 
2016
Wani teruskan hidup di Tanjung Malim dengan sangat bahagia haha (ringkas sangat ni)

2017
28 Mac - 2 Jun 2017
Pejam celik, pejam celik dah semester 6. Semester 6 ni adalah semester untuk Latihan Industri. Wani jalankan latihan industri dekat MARDI, Serdang selama 10 minggu. Paling best, nak tau? 5 minggu je wani guna untuk bekerja. Lagi 5 minggu, duk goyang kaki layan youtube sambil menyiapkan laporan akhir. Jadi korang boleh lah latihan industri kat sini hikhik dah lah akak akak sini suka makan. Masuk pantry mesti ada makanan, "dik, nanti makan je apa ada kat meja tau". Ya Allah bahagianyaaaaa.


Bersama staf waktu join kursus pengurusan konflik kat Hotel Dorsett, Putrajaya.

Alhamdulillah selesai 2 tahun penat lelah, jatuh bangun nak habiskan diploma. Pejam celik, pejam celik sekejap je kan? Apa yang wani tulis ni baru 15% pengalaman wani. Masih ada 85% yang belum tertulis. Tapi setiap kenangan & detik akan sentiasa diingati.

Love,

| NEW