CH£ WÄNì£

Mirror\\
Abang Nepal
Monday, August 14, 2017 9:24 AM | 0 comments

Assalamualaikum.

Sehari dua ni, excited sangat nak update blog. Jadi pikir punya pikir, haa dah dapat tajuk nak cerita apa kan. Post kali ni, wani nak share dengan korang pasal pengalaman wani sendiri kena kacau dengan nepal. Hahaha lawak pula bila pikir. Sementara cuti 3 bulan menunggu result UPU untuk intake degree, wani kerja part time sebagai sales girl kat satu kedai tudung kat Segi Fresh. Kalau korang nak tahu, mostly pekerja segi adalah foreigner. Kalau dikira kira, boleh dikatakan 80%, manakala 20% je malaysian.

Ok wani mula ye. Pandangan pertama kitorang masa wani tengah buka puasa kat dalam kedai, tiba tiba wani perasan ada orang mengintai hahaha tapi perkara pertama sekali yang terlintas dalam hati bila wani pandang dia "weh handsomenya" sumpah wani fikir dia melayu. Langsung tak ada rupa nepal! Haa ni rasa nak tanda seru banyak banyak ni, nak bagi korang percaya haha ok sejak dari haritu, setiap kali dia lalu depan kedai wani, kitorang akan pandang each other, tak berkelip mata siap tersenyum aduh cair siot haa sebab dia handsome sangatttt! Sampai satu hari, dia dah berani masuk kedai yang wani kerja. Dia masuk and tanya facebook wani. Hahaha weh aku dari zaman bila lagi tak online facebook ni! Ok sebab dah lama tak online and gambar semua dah private, so wani bagi facebook wani kat dia (alaa bodohnya pergi layan). Selang 2 hari, wani baru keluar dari surau, dia kejar wani sambal tunjuk lock screen dia gambar profile picture wani! Weh saikonya! Sumpah seram gila. Wani tak terpikir pon, dia boleh sampai nak save profile picture siap buat lock screen lagi. Keesokkannya, wani nak beli sayur kat segi, dia timbangkan sayur wani and dia boleh tunjuk sekali lagi lock screen dia kat wani! Eeee memang geram sangat time tu, dia boleh pulak memain, lambat lambatkan timbang sayur. Wani rampas je sayur tu dari dia and cakap “please delete my photo”. Pekerja lain dah pepandang. Lantak kau lah! Keesokannya, dia masuk kedai wani kekonon nak pujuk hahaahaha geli pula hahaha untuk pengetahuan korang, dia ni tak reti lagi berbahasa melayu. English pon ala kadar sekadar faham je.

Masa pujuk..
Nepal: angry?
Wani: yes of course
Nepal: ok you delete *dia tinggal fone kat kedai wani*

So, wani ambil peluang untuk delete sendiri gambar wani dalam fone dia. Tapi taktahu lah dia ada backup ke kan hahaha lepastu selang beberapa hari, dia datang depan kedai and campak kertas pula. Woi tak boleh nak bagi elok elok ke? Kertas tu memang wani tak faham langsung apa yang dia tulis. Bahasa dia kot. Yang penting berjela jela haha. Wani ambil keputusan untuk mengadu kat manager dia. Lepas cerita kesemuanya, manager dia ambil kertas tu and panggil pekerja sebangsa dengan dia translatekan isi surat tu.

Manager: awak jangan risau, lepas ni dia tak akan kacau awak lagi.
Wani: ok tapi surat tu dia tulis apa?
Manager: dia tulis lagu, khas untuk awak
Hahahahaha wehhhhhh

Selepas mengadu, memang kurang nampak kelibat dia. Alhamdulillah.
Tapi, 2 hari lepas, wani beli sayur, kawan wani cakap dia tak lepas pandang wani. Ye wani tau. Tapi bila wani pandang dia, wani tak boleh nak buat muka marah sebab dia handsome sangat hahahahaha secara tak sengaja wani akan tersenyum walaupon dalam hati geram nak marah hahaha lelagi bila wani lalu sebelah dia, dia boleh panggil ‘saiyang’ hahahahaha korang bayangkan je lah sendiri macam mana bunyi bila nepal sebut ‘sayang’ hahahaha

Haa ni je antara surat yang dia bagi yang wani masih simpan. Satu lagi manager dah ambil haha


Love,
 

OLD