CH£ WÄNì£

Mirror\\
PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Thursday, October 11, 2018 8:16 AM | 0 comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sosiologi Pendidikan
  • Pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat
  • Masyarakat: kumpulan manusia saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial
  • Sistematik dan saintifik: penting dalam pendidikan kerana bidang pendidikan mempunyai ciri-ciri sains
  • Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan perlulah dianalisis dalam perspektif sosiologi
Perspektif Teori Sosiologi Pendidikan

1. Fungsionalisme
  • Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri (ada tujuan dan keperluan tertentu)
  • Struktur sosial yang akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat
2. Konflik
  • Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat
  • Mengkritik kapitalisme (sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan)
3. Interaksionalisme Simbolik
  • Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif
  • Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan hubungan bertambah mesra.
  • Manusia membentuk hubungan melalui simbol dan proses menginterprestasikan simbol
  • Manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya kerana kebolehan mereka berinteraksi dengan diri sendiri
  • Kebolehan ini membolehkan mereka memanjangkan kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukan dan akhirnya menentukan tindakan atau aksi yang sesuai
Ibnu Khaldun (1332-1406)
  • Mengkaji perubahan dan fenomena sosial
  • Mengkaji perkaitan antara institusi sosial
  • Membezakan antara masyarakat primitif dan moden
  • Menghubungkan pemikiran sosiologi dengan sejarah
  • Penyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirikal
Auguste Comte (1798-1857)
  • Mengasakan ilmu sosiologi (barat)
  • Memperkenalkan hieraki sains dengan sosiologi kedudukan teratas (ratu)
  • Perkembangan atau perubahan masyarakat berlaku secara evolusi
  • Menekankan perkembangan pembahagian tugas dalam masyarakat moden
Karl Marx (1818-1883)
  • Menganalisis hubungan masyarakat dengan sistem kapitalis dan mencipta teori melalui penelitian terhadap proses perubahan sejarah sosial
  • Perubahan sosial adalah pengaruh ekonomi
  • Mengkritik kapitalisme
  • Pengasas teori konflik
Emile Durkheim (1858-1917)
  • Mengkaji manusia seperti mengkaji benda (fungsionalisme)
  • Perkembangan pembahagian tugas dalam masyarakat
  • Anomie menyebabkan masyarakat moden memerlukan moral
Max Weber (1864-1920)
  • Agama penting sebagai agen perubahan
  • Rasionalisasi dalam masyarakat moden
  • Perubahan sosial adalah akibat daripada idea dan nilai (selain faktor ekonomi)
  • Kajian sosial: manusia perlu ambil kira tentang peri laku (tidak sama seperti mengkaji sains fizikal)
George Herbert Mead (1863-1931)
  • Konsep simbol dan bahasa
  • Interaksionalisme simbolik: simbol yang mempunyai makna
  • Konsep: kendiri, masyarakat dan minda
  • Simbol: perkataan, objek, perlakuan, bahasa
  • Kendiri: definisi siapakan kita/untuk mengenali diri sendiri
  • Pemikiran: penghayatan dalam kendiri individu terhadap isyarat

OLD